Reman empat lelaki halang polis jalankan tugas dilanjutkan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan empat lelaki mabuk ditahan pihak polis atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Plaza Tol Slim River Jumaat lalu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan empat lelaki mabuk ditahan pihak polis atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Plaza Tol Slim River Jumaat lalu.
A
A
A

IPOH - Tempoh reman empat lelaki yang ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Plaza Tol Slim River, Tanjung Malim awal pagi Jumaat lepas disambung dua hari lagi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis membuat permohonan tempoh reman itu di Mahkamah Majistret Teluk Intan pagi semalam bagi membantu siasatan lanjut.

"Reman selama tiga hari keempat-empat lelaki berkenaan tamat pada hari ini dan disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 lelaki mabuk maki polis ditahan

Sebelum ini dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pasukan peronda polis (MPV) telah ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kumpulan lelaki terbabit yang mabuk dan membuat bising dengan memasang muzik kuat dari dalam kereta.

Apabila tiba di lokasi, pasukan polis telah memberi nasihat supaya keempat-empat lelaki berusia 25 hingga 41 tahun yang berada di luar kereta yang diparkir di tepi jalan beredar dan tidak membuat bising.

Bagaimanapun, dua daripada mereka mengamuk dan menyerang seorang anggota polis dengan menolak badannya serta mengeluarkan kata-kata kesat manakala seorang merakam video dan cuba melakukan provokasi menyebabkan pihak polis menahan mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: