X

Kindly register in order to view this article
!

Thailand catat kes jangkitan tempatan pertama selepas sebulan

Thailand mencatatkan kes jangkitan tempatan pertama Covid-19 selepas sebulan membabitkan sepasang suami isteri warga Myanmar.
A
A

BANGKOK - Thailand mencatatkan kes jangkitan tempatan pertama koronavirus (Covid-19) selepas sebulan yang membabitkan sepasang suami isteri warga Myanmar yang menetap di Mae Sot.

Kedua-dua kes adalah antara 10 jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di Thailand dalam tempoh 24 jam.

Pusat Pentadbiran bagi Situasi Covid-19 (CCSA) berkata pasangan itu, yang terdiri daripada seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun dan isterinya, 53, tinggal di Mae Sot dalam wilayah Tak.

“Pasangan itu tidak menunjukkan gejala Covid-19. Mereka tidak pernah meninggalkan Mae Sot atau melakukan perjalanan ke Myanmar baru-baru ini.

“Mereka dikesan dijangkiti virus itu semasa pengesanan kontak aktif di Mae Sot selepas kes Covid-19 melonjak di Myanmar,” menurut kenyataan CCSA hari ini.

Setakat ini, Thailand telah merekodkan sejumlah 3,679 kes Covid-19 dengan 59 kematian.

Sepanjang tempoh 24 jam lepas, selain dua jangkitan tempatan itu, lapan adalah kes import membabitkan tujuh lelaki warga Thailand dan seorang warga asing yang kembali dari luar negara. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!