KDEBWM sumbang 100 tong sampah kepada DUN Sekinchan

Suee Lim (dua dari kiri) menerima sumbangan tong sampah daripada pihak KDEBWM semalam.
Suee Lim (dua dari kiri) menerima sumbangan tong sampah daripada pihak KDEBWM semalam.
A
A
A

SEKINCHAN - KDEB Waste Management (KDEBWM) menyumbangkan sebanyak 100 tong sampah jenis Mobile Garbage Bin (MGB) bersaiz 240L kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, semalam.

Penyerahan itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim untuk diagihkan kepada penduduk di

taman perumahan, premis perniagaan dan rumah ibadat.

Ramli berkata, sumbangan di bawah program tanggung jawab sosial korporat (CSR) itu adalah pertama kali diagihkan di kawasan tersebut.

"Kami berharap sumbangan ini membantu memudahkan proses pembuangan sampah domestik secara tersusun dan teratur di kawasan tersebut.

" Ia sekali gus dapat membantu mengelakkan pembiakan dan penularan wabak penyakit, " katanya dalam satu kenyataan, semalam.

KDEBWM merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor.

Pada Ogos lalu, KDEBWM menyerahkan 200 MGB 240L kepada penduduk di DUN Pandan Indah.

Artikel Berkaitan: