Gangguan bekalan air dijangka pulih 10 pagi esok

Status terkini yang dinaikkan di facebook Air Selangor, hari ini.
Status terkini yang dinaikkan di facebook Air Selangor, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja pembaikan bagi paip pecah oleh pihak ketiga yang telah berlaku di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada jam 10 malam hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan, para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula.

"Bekalan air ke 59 kawasan yang terjejas di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Langat dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10 pagi esok.

"Dapatkan maklumat yang sahih hanya di saluran komunikasi Air Selangor antaranya aplikasi Air Selangor, laman sesawang dan media sosial Air Selangor," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebanyak 59 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah disebabkan oleh pihak ketiga.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kejadian paip pecah itu berlaku disebabkan oleh kerja-kerja tambakan di kawasan pembinaan berhampiran Seksyen U11.

Kerja-kerja terbabit katanya, telah mengakibatkan tekanan berlebihan sehingga menyebabkan kejadian pecah paip.

Artikel Berkaitan: