UMNO nafi adakan mesyuarat MKT petang ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO menafikan parti itu akan mengadakan mesyuarat berkaitan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini.

Perkara ini disahkan oleh Ibu Pejabat UMNO menerusi portal UMNO Online hari ini susulan daripada laporan media yang mendakwa MKT UMNO dijadualkan bermesyuarat petang ini.

Terdahulu, media melaporkan satu mesyuarat MKT UMNO akan diadakan bagi membincangkan keputusan Biro Politik parti berkenaan yang memutuskan untuk mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Dalam masa sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan juga menafikan mengenai menyuarat berkenaan menerusi ciapan di Twitter beliau.

“Saya di Pontian setelah selesai kuarantin dan negatif Covid19. “Tidak ada mesyuarat itu samada bersemuka atau online hari ini,” katanya.

Selasa lalu, Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk membuat pertimbangan bagi menarik diri daripada menyokong PN dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.

Artikel Berkaitan: