Muhyiddin teruskan tugas seperti biasa

Beberapa keping gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimuat naik di laman Facebooknya.
Beberapa keping gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimuat naik di laman Facebooknya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Di sebalik kepanasan suhu politik tanah air, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan tugasnya seperti kebiasaan.

Beberapa keping gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimuat naik di laman Facebooknya.

Ia merupakan sesi pra-Kabinet yang diadakan menerusi persidangan video memandangkan Muhyiddin sedang menjalani kuarantin kendiri sejak 5 Oktober lalu.

Di sebalik kepanasan suhu politik tanah air, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan tugasnya seperti kebiasaan.
Di sebalik kepanasan suhu politik tanah air, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan tugasnya seperti kebiasaan.

Semalam, suhu politik tanah air memuncak apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istana Negara bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Pada sidang akhbar, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengulangi pandangannya bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin 'sudah jatuh'.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar mohon Agong sahkan senarai majoriti ahli Parlimen

Sementara itu, Istana Negara menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataannya berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak menerima senarai ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong Anwar.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO timbang tarik diri sokong PN

Artikel Berkaitan:

Zahid menghadap Agong Khamis ini