PKPB: Tiga jalan di Kota Damansara ditutup

Tiga laluan di Kota Damansara yang akan ditutup susulan pelaksanaan PKPB.
Tiga laluan di Kota Damansara yang akan ditutup susulan pelaksanaan PKPB.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Petaling Jaya melaksanakan penutupan jalan di tiga lokasi di kawasan Kota Damansara, di sini tengah malam ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, penutupan jalan itu adalah di Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9), Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8) dan Jalan Persiaran Sungai Buloh (TSB).

"Walau bagaimanapun, laluan itu masih boleh dilalui oleh kenderaan ambulan, bomba, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Polis Diraja Malaysia.

"Pengguna jalan raya pula boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Persiaran Kenanga- Tol Kota Damansara, Jalan Surian- Palm Spring Kota Damansara dan Jalan Persiaran Tropicana- Casa Tropicana," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ku Mashariman berkata, penutupan jalan itu adalah untuk mengawal pergerakan orang ramai dan lalu lintas di kawasan itu.

"Kawasan Kota Damansara telah mencatatkan kes tertinggi Covid-19 di daerah pentadbiran Polis Petaling Jaya," katanya.

Beliau turut menyarankan masyarakat supaya mematuhi PKPB dan bersabar dalam menghadapi kesulitan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

"Tindakan yang diambil ini secara tidak langsung meletakkan keselamatan awam di Petaling Jaya sebagai keutamaan," katanya.

Artikel Berkaitan: