X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori buah ditahan bawa ketum bernilai RM140,000

Syed Basri (tiga dari kanan) menunjukkan daun disyaki ketum yang dirampas di Kupang, Baling pagi tadi.
A
A

BALING - Seorang pemandu lori buah-buahan ditahan bersama 3.5 tan daun disyaki ketum bernilai kira-kira RM140,000 di Jalan Kampung Bok Bak, Kupang jam 6.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit telah melakukan pemeriksaan dan mendapati daun ketum berkenaan disembunyikan di dalam 362 bungkusan plastik ditutup dengan kanvas di atas lori tersebut.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, daun ketum diambil dari Kedah untuk pasaran Kelantan dan lelaki berusia 38 tahun itu dibayar upah RM800 untuk satu trip penghantaran.

"Hasil maklumat awal, kita percaya ia dibawa dari Nami, Kuala Nerang yang dibeli dengan harga RM10 sekilogram di kebun dan dibawa untuk pasaran Rantau Panjang yang boleh dijual mencecah sehingga RM40 sekilo.

Antara bungkusan hitam dan ungu dipercayai mengandungi daun disyaki ketum untuk pasaran Kelantan yang dirampas di Kupang, Baling pagi tadi.
Antara bungkusan hitam dan ungu dipercayai mengandungi daun disyaki ketum untuk pasaran Kelantan yang dirampas di Kupang, Baling pagi tadi.

"Menurut pemandu itu, daun ketum tersebut jika dipasarkan ke Thailand mampu mencecah harga RM80 sekilogram," katanya kepada media hari ini.

Syed Basri berkata, hasil saringan air kencing mendapati pemandu lori buah-buahan itu positif dadah jenis benzo.

"Kita merampas 362 bungkusan plastik hitam dan ungu yang mengandungi daun ketum, sebuah lori jenis Isuzu warna merah dan seunit telefon bimbit jenis IPhone," katanya.

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!