Penduduk keliru pelaksanaan PKPB

No Image Caption
A
A
A

SITUASI penularan wabak koronavirus (Covid-19) kembali membimbangkan sehingga kerajaan terpaksa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergera-kan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah dan Klang, Selangor selama dua minggu mulai 9 Oktober 2020.

Pengumuman yang dibuat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai PKPB yang dikenakan di Klang bagaimanapun telah mencetuskan kekeliruan penduduk Selangor, khususnya Klang.

Sekiranya PKPB dikuatkuasakan di daerah Klang, ia turut melibatkan daerah Kapar kerana mengikut portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Klang membabitkan dua mukim iaitu Klang dan Kapar.

Daerah Klang turut mempunyai dua buah pihak berkuasa tempatan (PBT), iaitu Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sehari selepas pengumuman itu, Ismail Sabri akhirnya menjelaskan kedudukan sebenar.

“Selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan berbincang dengan Menteri Besar Selangor, akhirnya kerajaan memutuskan PKPB hanya melibatkan mukim Klang dan bukan kawasan lain seperti Pelabuhan Klang dan Kapar,” katanya.

Mengulas isu kerajaan yang menyebabkan hampir sejuta rakyat Klang dalam keadaan serba salah, Lidah Pengarang Sin Chew Daily berpendapat, ia sepatutnya mengambil iktibar daripada kejadian kali ini supaya tidak berulang.

“Disebabkan pengumuman dibuat kerajaan terlalu tergesa-gesa dan tidak begitu tepat, akhirnya menyebabkan penduduk Klang berada dalam kea-daan tidak menentu.

Artikel Berkaitan:

“Pada masa yang sama, media sosial pula menyebarkan bermacam-macam berita yang tidak dapat dipastikan ia berita sahih atau palsu.

“Ramai yang telah menyerbu pusat beli-belah untuk melakukan pembe-lian panik manakala ada juga yang pergi ke balai polis bagi mendapatkan permit perjalanan dan sebagainya,” tulis akhbar itu.

Akhbar itu berpandangan, pelak-sanaan PKPB memang perlu dikenakan di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi penyebaran Covid-19.

“Bagaimanapun, bagi melancarkan penguatkuasaannya, kerjasama dan perbincangan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri amatlah penting.

“Bagi keputusan mengenakan PKPB di mukim Klang ini, sekiranya kerajaan Persekutuan mengadakan perbincangan terlebih dulu dengan kerajaan negeri Selangor, penduduk Klang tentunya akan memperoleh maklumat yang tepat dan jelas,” tulis Sin Chew Daily.

Sejak Covid-19 menular di negara kita lebih daripada enam bulan lalu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai peringkat PKP.

Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan sudah membuktikan keupayaan masing-masing menangani isu-isu berbangkit.

“Semua pihak terbabit perlu menjalankan tugas dengan lebih profesional bagi mengelakkan rakyat mendapat maklumat yang kurang tepat.

“Sebarang penyebaran berita palsu bukan sahaja menyusahkan orang ramai, malah ia akan memaksa orang ramai melakukan pergerakan yang tidak perlu sehingga meningkat penularan virus Covid-19 dengan lebih mudah,” tulis akhbar tersebut.

*Ong Boon Teck ialah Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian