Pejalan kaki maut dirempuh kereta

Seorang lelaki maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 26, Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru malam tadi.
Seorang lelaki maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 26, Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 26, Lebuhraya Pasir Gudang di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 11 malam, mangsa, Goh Yeng Soon, 51, berasal dari Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pemandu kereta itu yang berusia 31 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian muka.

"Semasa kejadian pemandu tersebut dalam perjalanan ke Johor Bahru. Kita sedang mengesan waris mangsa.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Remaja yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti lumba basikal lajak di Jalan flora Height, Bandar Seri Alam, Johor Bahru semalam.
Remaja yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti lumba basikal lajak di Jalan flora Height, Bandar Seri Alam, Johor Bahru semalam.

Menurutnya, orang ramai juga boleh hubungi talian Hotline Polis Kontinjen Johor menerusi talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Seri Alam pada talian 07-3864222

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Seri Alam melaksanakan Op Basikal Lajak di Jalan Flora Height semalam secara berkala bagi mengekang aktiviti dan kegiatan lumba basikal lajak di jalan raya.

'Menerusi operasi ini kita berjaya menahan dua buah basikal lajak dan sebuah motosikal sebelum dibawa ke Balai Trafik IPD Seri Alam untuk tindakan lanjut," katanya.