X

Kindly register in order to view this article
!

Jemaah positif Covid-19, masjid ditutup

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang bermula 8 Oktober sehingga diberitahu kelak.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tindakan ini dilaksanakan berikutan seorang jemaah yang hadir solat Jumaat didapati positif Covid-19 pada 2 Oktober lalu.

"Mengikut rekod, bilangan jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari tersebut adalah seramai 1,310 orang jemaah.

"Pihak JAIS menyeru kepada para jemaah yang telah hadir solat Jumaat pada 2 Oktober 2020 di masjid tersebut untuk tampil dan segera melakukan saringan di Klinik Kesihatan yang berhampiran sekiranya bergejala atau melakukan kawalan kendiri di rumah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, situasi ini juga akan dibincangkan dengan terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penilaian dan Pengawasan SOP Masjid dan Surau untuk keputusan selanjutnya mengenai kedudukan masjid ini dalam masa terdekat.

"Buat masa ini, pihak JAIS hanya membenarkan tiga orang petugas daripada kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa untuk mengumandangkan azan dan melaksanakan solat fardu.

"Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi telah dilaksanakan oleh pihak pentadbir masjid pada hari ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!