Hanya satu kes positif Covid-19 di sempadan

Sejak sempadan Malaysia-Singapura dibuka bermula 17 Ogos lalu, hanya satu kes positif koronavirus (Covid-19) dikesan setakat ini. Foto 123RF
Sejak sempadan Malaysia-Singapura dibuka bermula 17 Ogos lalu, hanya satu kes positif koronavirus (Covid-19) dikesan setakat ini. Foto 123RF
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sejak sempadan Malaysia-Singapura dibuka bermula 17 Ogos lalu, hanya satu kes positif koronavirus (Covid-19) dikesan setakat ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyanathan memberitahu, kes positif itu dikesan daripada individu yang pulang di bạwah skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

"Secara keseluruhan sehingga semalam, pelawat yang masuk ke negeri ini berjumlah 1,191 mẻnerusi skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan 7,163 menggunakan skim PCA," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pembukaan sempadan tersebut yang dibuka semula secara rasmi pada 17 Ogos lalu hanya membenarkan mereka yang keluar masuk membabitkan kemudahan RGL dan PCA.

RGL dan PCA itu dibenarkan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Ismail (BSI) di sini dan CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar (BSAB), Gelang Patah.

RGL membenarkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan rasmi yang penting antara kedua-dua negara, PCA ula membolehkan penduduk yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan kerja di salah satu negara, memasuki negara itu.

Vidyanathan berkata, walaupun begitu, dijangkakan peningkatan kes koronavirus terus berlaku dalam masa terdekat dengan kemasukan kes import dan aktiviti survelans yang dipertingkatkan.

Katanya, sehingga semalam, kumulatif kes Covid-19 di Johor melibatkan 799 kes dengan 47 kes aktif, 731 kes sembuh dan 21 kematian dilaporkan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dalam tempoh itu juga terdapat enam kes baharu dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) iaitu lima kes melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dan satu kes berkaitan Kluster Selasih di Putrajaya.

Bagi Kluster Bakawali yang dilaporkan pada 29 September lalu, beliau berkata, kumulatif kes positif adalah kekal 15 kes.

"Sehingga semalam 357 kontak rapat sudah dikenal pasti dan kesemua kontak itu telah dijalankan ujian Covid-19 dengan semua keputusan adalah negatif.

"Kluster ini masih lagi dalam pemantauan dan dijangka tamat pada 28 Oktober ini," katanya dan memberitahu keadaan semasa di Johor masih lagi terkawal.