Selangor catat 20 kes positif baharu Covid-19

Selangor mencatatkan 20 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 2,471 kes.
Selangor mencatatkan 20 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 2,471 kes.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan 20 kes positif baharu koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 2,471 kes.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan memaklumkan Selangor merekodkan 249 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 133 kes melibatkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.

"Daerah Sepang, mukim Dengkil dan mukim Cheras bertukar menjadi zon kuning ekoran pertambahan jumlah kes Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini.

"Selangor mencatatkan 19 kes baharu yang diklasifikasikan sebagai jangkitan tempatan manakala satu kes merupakan kes luar negara," katanya.

Terdahulu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di daerah Klang bermula Jumaat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu susulan daerah Klang mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19.

Dalam pada itu, Selangor Task Force Covid-19 dalam satu kenyataan turut mengingatkan warga Selangor agar mematuhi normal baharu dan SOP seperti yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Selangor Task Force Covid-19.

"Amalkan dan sentiasa saling berpesan untuk menjaga penjarakkan fizikal, basuh tangan dengan kerap serta pakai pelitup muka.

Artikel Berkaitan:

"Kealpaan dan kelalaian melaksanakan tanggungjawab ini bakal menerima kesan yang amat buruk pada masa hadapan," katanya.