X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri Kewangan negatif Covid-19

Tengku Zafrul mengesahkan saringan ujian Covid-19 yang dijalaninya semalam negatif.
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan keputusan ujian saringan koronavirus (Covid-19) yang dilakukannya semalam adalah negatif.

Beliau memaklumkan sudah menerima keputusan terbabit pada pagi tadi.

“Pagi ini, saya telah menerima keputusan ujian saringan Covid-19.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif. Namun, saya akan terus berada di rumah menjalani pemantauan kesihatan kendiri.

“Tugasan dan komitmen kerja juga akan diteruskan dari rumah. Terima kasih semua atas doa dan ucapan selamat,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Semalam, beliau mengesahkan sudah melakukan ujian saringan Covid-19 dan menjalani pemantauan kesihatan di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulkifli sah positif Covid-19

Beliau berkata, ujian saringan itu dibuat kerana beliau terlibat dalam satu mesyuarat pada Sabtu lalu yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!