Zulkifli sah positif Covid-19

Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19.

Beliau membuat pengesahan itu menerusi Facebook miliknya, sebentar tadi.

"Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik," katanya.

Justeru, Zulkifli meminta orang ramai yang menghadiri majlis yang dihadiri beliau sebelum ini menjalani saringan Covid-19.

"Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

"Saya berdoa semoga ALLAH SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19. Insya-Allah," katanya.

Pada 24 September lalu, Zulkifli dilaporkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Sehari selepas itu pula, beliau menghadiri program hari terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Kelantan dan tidak menjalani kuarantin wajib.

Semalam, Zulkifli telah menyampaikan bantuan kepada mahasiswa UiTM Shah Alam sebelum berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa.

Di Twitter, warganet mula mempersoalkan tindakan Menteri Agama yang tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air positif Covid-19