X

Kindly register in order to view this article
!

Duit dalam bank berbaki RM80.63 akibat ditipu scammer

Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga wanita kerugian RM93,806 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan oleh beberapa individu yang menyamar sebagai kakitangan pos dan pegawai polis.

Mangsa berusia 40 tahun itu mendakwa wang dalam akaun bank miliknya lesap dan hanya berbaki RM80.63 selepas berurusan dengan seorang individu dikenali sebagai Inspektor Baharun bagi menyelesaikan kes tersebut dan mengelak dia ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa pekerja di sebuah pejabat pos pada 21 September lalu dan memberitahu mangsa konon terdapat kiriman atas namanya mangsa yang dikirim dari Kedah ke Seremban.

"Mangsa menafikan kaitannya dengan barang tersebut sebelum diberitahu kemungkinan identitinya disalahguna oleh pihak lain. Panggilan kemudian disambung kepada seorang anggota polis kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban bagi tujuan semakan dan mendapati mangsa tersenarai sebagai individu dikehendaki kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram. Mangsa dimaklumkan waran tangkap sudah dikeluarkan terhadapnya dan dia diminta berurusan dengan seorang lagi anggota berpangkat sarjan untuk urusan selanjutnya.

"Berdasarkan perbincangan dengan anggota berkenaan, mangsa dirujuk kepada Inspektor Baharun yang boleh membantu menyelesaikan kes itu. Mangsa diarah membuka akaun bank baharu sebagai akaun perlindungan daripada pihak mahkamah dan semua wang dalam akaun bank yang lain perlu dipindahkan ke akaun tersebut. Selain itu dia turut diarah membuat kad bank menggunakan nombor pin dan nombor telefon yang diberikan pegawai tersebut untuk urusan selanjutnya memandangkan semua akaun bank yang lain akan dibekukan," katanya dalam satu akhbar, hari ini.

Tambah Mohd Wazir, mangsa diberi amaran supaya merahsiakan perkara tersebut sehingga siasatan selesai.

"Pada 28 September lalu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai audit meminta dia membuat bayaran RM20,000 sebagai jaminan ke atas akaun bank miliknya.

"Mangsa tidak membuat bayaran sebaliknya menyemak akaun bank miliknya terlebih dahulu pada 3 Oktober lalu dan mendapati wang dalam akaun tersebut lesap dan hanya berbaki RM80.63," ujar beliau.

Mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!