Majlis Daerah Jempol diisytihar Majlis Perbandaran

Tuanku Muhriz Pengisytiharkan Majlis Perbandaran Jempol.
Tuanku Muhriz Pengisytiharkan Majlis Perbandaran Jempol.
A
A
A

JEMPOL - Majlis Daerah Jempol hari ini dengan rasminya diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Jempol ( MPJL) yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan majlis tersebut dengan menandatangani plak pengisytiharan MPJL .

Turut berkenan mencemar duli, Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta anakanda mereka, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddun Harun dan isteri, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof; Yang Dipetua Majlis Perbandaran Jempol, Raja Norazli Raja Nordin dan Exco Kesejahteraan Bandar , Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong.

Majlis Daerah Jempol telah berjaya mencapai tujuh kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membolehkannya diisytihar sebagai sebuah Majlis Perbandaran.

Tujuh kriteria tersebut antaranya, Jempol merupakan bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri ataupun daerah, selain itu kepadatan penduduk tidak kurang daripada 150,000 orang dan mempunyai pendapatan daripada sumber kewangan yang mampan sengan hasil tahunan tidak kurang daripada RM20 Juta.

Artikel Berkaitan: