PGA rampas pakaian, sarang burung seludup

Barangan seludup berupa sarang burung dirampas PGA Batalion 7 dalam serbuan di pangkalan haram Adam.
Barangan seludup berupa sarang burung dirampas PGA Batalion 7 dalam serbuan di pangkalan haram Adam.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas barangan seludup iaitu pakaian dan sarang burung berjumlah RM18,000 dalam serbuan di pangkalan haram Adam di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, bagaimanapun kesemua suspek berjaya lolos dalam serbuan pada jam 5 petang itu.

"Ketika anggota dari unit bermotosikal melakukan rondaan rutin, mereka terserempak dengan sekumpulan lelaki sedang memunggah barang-barang dari perahu ke tebing sungai di pangkalan haram Adam.

“Menyedari kehadiran anggota PGA, kumpulan lelaki berkenaan melarikan diri dengan menaiki perahu ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Turut dirampas PGA Batalion 7 ialah pakaian yang diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan di negeri ini.
Turut dirampas PGA Batalion 7 ialah pakaian yang diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan di negeri ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menemui pelbagai jenis baju dan sangkar burung.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua barang itu diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah menggunakan laluan haram.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang negara. Kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan: