PGA patah cubaan seludup beras

PGA Batalion 7 mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenama beras seludup termasuk beras pulut bernilai RM10,127 dalam serbuan di pangkalan haram Jitong, Rantau Panjang hari ini.
PGA Batalion 7 mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenama beras seludup termasuk beras pulut bernilai RM10,127 dalam serbuan di pangkalan haram Jitong, Rantau Panjang hari ini.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup beras seludup pelbagai jenama termasuk beras pulut bernilai RM10,127 dalam serbuan di pangkalan haram Jitong di sini pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan pada jam 6 pagi itu hasil rondaan dan pemantauan di kawasan pangkalan haram itu.

“Semasa rondaan dan pemantauan dilakukan, sepasukan anggota PGA telah terserempak dengan sekumpulan lelaki yang sedang memunggah bungkusan ke dalam dua kenderaan di kawasan pangkalan haram itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sejurus melihat kehadiran anggota PGA Batalion 7 kumpulan lelaki berkenaan terus melarikan diri ke Thailand menggunakan perahu.

Katanya, pemeriksaan di kawasan sekitar telah menemui beberapa bungkusan berwarna putih yang disyaki beras di dalam kedua-dua buah kenderan itu.

Azhari berkata, kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta 522 Padi dan Beras Negara 1994.

“Siasatan awal mendapati beras-beras tersebut diseludup dari negara jiran melalui pengkalan haram untuk pasaran tempatan.

“Kesemua beras itu termasuk kenderaan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan: