Masyarakat antarabangsa perlu sokong pendirian Malaysia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata suara lantang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin perlu mendapat sokongan pelbagai pihak dan negara di seluruh dunia bagi memperjuang nasib rakyat negara itu.

“Saya secara peribadi sedih melihat bagaimana Malaysia dan Dr Mahathir dibiarkan bersendirian berhubung isu baru-baru ini, yang mana, malangnya, turut menyaksikan negara-negara Arab lain turut mendiamkan diri dalam perkara itu.

“Ini tidak sepatutnya berlaku, jadi saya berharap mereka yang percayakan demokrasi, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa untuk (sekurang-kurangnya) tampil ke hadapan dan menunjukkan solidariti dengan Malaysia dan pemimpinnya. Saya harap kita dapat elakkan ‘double standards’ apabila timbul isu Israel dan Palestin.”

Duta itu berkata demikian kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melucutkan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 susulan keputusan Malaysia untuk tidak membenarkan perenang Israel mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Walid ditemui di luar pelancaran kempen #WeAreAllMarry, anjuran bersama Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) serta Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), yang berlangsung di sini pada Selasa.

Walid merasmikan kempen global itu, yang dipelopori sebuah organisasi berpangkalan di Turki, The International Union of Al-Quds Cultural Education and Research (UKAED), yang menyaksikan penyertaan lebih 30 negara termasuk Indonesia, Brazil, Kenya, Kanada, United Kingdom, Pakistan dan Rusia.

Mengulas hubungan dua hala, Walid berkata rakyat Palestin sentiasa berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahaginya terhadap perjuangan Palestin selama tujuh dekad.

Di bawah kepimpinan semasa Dr Mahathir, yang beliau sifatkan sebagai tegas dalam menonjolkan isu Palestin, Walid juga berkata sokongan pendidikan adalah satu daripada tonggak utama bagi hubungan dua hala. – Bernama

Artikel Berkaitan: