X

Kindly register in order to view this article
!

Tidak wujud 'pilih' kasih di semua tabika Kemas

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memberi jaminan tidak wujud istilah 'pilih kasih' dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sekiranya Tabika Kemas M40 ditubuhkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ini meliputi modul, bahan pengajaran, kemudahan dan tenaga pengajar, seperti mana yang dilaksanakan di semua premis Tabika Kemas pada masa kini.

"Kementerian mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak berkaitan cadangan mewujudkan Tabika Kemas untuk kumpulan M40.

"Cadangan ini merupakan usaha kementerian menerusi Kemas dalam membuka peluang kepada ibu bapa berpendapatan M40 menghantar anak-anak mereka bagi menangani isu kuota kemasukan di Tabika Kemas sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, tujuan asal pewujudan Tabika Kemas adalah untuk menawarkan peluang pendidikan awal bagi masyarakat berpendapatan rendah pada tahun 70-an, namun setelah hampir 30 tahun beroperasi, hasil kajian mendapati jumlah permohonan kemasukan semakin meningkat khususnya dari kumpulan M40.

Katanya, cadangan itu bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dan kajian di pihak Kemas untuk dibentangkan di peringkat kabinet bagi mewujudkan Tabika Kemas kumpulan M40.

“Pihak kementerian akan mengenal pasti nama Tabika Kemas M40 yang sesuai setelah dibentangkan dan mendapat kelulusan dari kabinet,” katanya.

Beliau berkata, kementerian yakin masyarakat memandang tinggi keupayaan dan kemampuan dalam pengendalian operasi Tabika Kemas sebagai institusi yang bertanggungjawab dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak.

"Buktinya, Tabika Kemas menerima dua kali Anugerah Jenama Paling Dipercayai dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak oleh Reader’s Digest pada 2017 dan 2020, yang menunjukkan Tabika Kemas adalah pilhan utama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan awal berkualiti," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tabika Kemas elit buka jurang perpecahan masyarakat


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!