Kluster Tembok dikesan di Alor Setar

Noor Hisham Abdullah
Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster baharu di Alor Setar, Kedah yang digelar sebagai Kluster Tembok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks merupakan kes ke-11,207 yang juga kes kematian ke-135.

"Saringan Covid-19 terhadap kes indeks didapati positif pada Ahad lalu," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, KKM melakukan saringan terhadap kontak rapat.

"Hasil saringan mendapati dua kes lagi positif Covid-19," katanya.

Beliau berkata, pesakit berkenaan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.

"Setakat ini, 169 individu telah disaring.

"Tiga disahkan positif manakala 166 individu menunggu keputusan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Lagi empat kluster baharu dikesan