Perak sedia latih lebih ramai pemandu pelancong

Kar Hing bersama peserta yang menyertai majlis pelancaran berkenaan hari ini.
Kar Hing bersama peserta yang menyertai majlis pelancaran berkenaan hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak merancang untuk melatih lebih ramai pemandu pelancong (tour guide) yang memiliki kemahiran mengenai alam semula jadi (nature guide) dalam usaha memartabatkan lagi pelancongan eko (echo tourism) di negeri ini.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing berkata, perkhidmatan pemandu pelancong yang memiliki kemahiran berkenaan sememangnya diperlukan oleh pelancong demi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai tempat yang dilawatinya.

“Pelancongan eko sedikit berbeza dengan Pelancongan Bandar (City Tourism.) Sebab itu, kita perlukan pemandu pelancong terlatih. Kerana pelancong yang datang perlukan pemahaman yang lebih mendalam.

“Oleh itu, kerajaan akan bantu untuk berikan latihan team building, kalau boleh latih anak muda di sini untuk menjadi pemandu pelancong berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan juga beberapa perkara lain termasuk faktor keselamatan,” katanya.