X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19 semakin mengganas, lebih 33 juta penduduk dunia dijangkiti

Lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia.
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif global Covid-19 kini melepasi angka 33.23 juta kes. Ini berikutan lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 7.14 juta kes jangkitan, diikuti india dengan 6.07 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.73 juta kes. Jangkitan Covid-19 di Rusia pula melepasi angka 1.15 juta kes.

Sementara itu Columbia (813,056), Peru (805,302), Sepanyol (748,266), Mexico (730,317), Argentina (711,325), Afrika Selatan (670,766) dan Perancis (577,980) melepasi angka setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Chile (459,671), Iran (449,960), United Kingdom (441,564), Bangladesh (360,555), Iraq (353,566), Arab Saudi (333,648), Turki (315,845), Itali (311364), Pakistan (310,841) dan Filipina (307,288).

Negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 pula ialah Jerman (288,631), Indonesia (278,722), Israel (233,118), Ukraine (206,579), Kanada (156,519), Ecuador (134,747), Bolivia (133,901), dan Qatar (125,311).

Romania (123,944), Maghribi (119,107), Belanda (115,611), Belgium (114,179), Republic Dominican (111,666), Panama (110,555), Kazakhstan (107,775), Kuwait (103,981) dan Mesir (102,840) juga berada dalam kelompok sama.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes termasuk Malaysia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!