Isu Ketua Menteri Sabah: Bung Moktar pikul tanggungjawab sepenuhnya

Hajiji (tengah) bersama Bung Moktar (kiri) serta Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (kanan) selepas mengadakan sidang media bersama di sebuah hotel di Kota Kinabalu, hari ini. -Foto Bernama
Hajiji (tengah) bersama Bung Moktar (kiri) serta Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (kanan) selepas mengadakan sidang media bersama di sebuah hotel di Kota Kinabalu, hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan parti itu mendapatkan jawatan Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

Beliau berkata, pihaknya telah menghantar cadangan nama calon Ketua Menteri daripada UMNO kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk dipertimbangkan namun menerima kedudukan sebenar parti itu.

“Selaku Ketua UMNO Sabah, saya akui tidak berapa gembira dengan kemenangan yang Barisan Nasional (BN) menangi tetapi saya redha dengan hanya 14 kerusi saja yang kita menangi.

“Memandangkan BN hanya menang 14 kerusi manakala Perikatan Nasional menang 23 kerusi maka pihak kita terpaksa menghormati demokrasi parti yang menang banyak kerusi perlu menjadi Ketua Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini,malam ini.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, semua ADUN BN turut meminta beliau untuk menjadi kerajaan dan tidak mahu menjadi pembangkang.

“Justeru, selaku Ketua UMNO Sabah, saya terpaksa menghormati permintaan mereka,” katanya.

Bung Moktar pada sidang akhbar di Bangunan UMNO, pada malam keputusan PRN Sabah, Sabtu lalu.
Bung Moktar pada sidang akhbar di Bangunan UMNO, pada malam keputusan PRN Sabah, Sabtu lalu.

Sementara itu, Bung berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada semua jentera parti dari seluruh Malaysia bagi membantu UMNO Sabah sepanjang PRN kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO yang bertungkus-lumus membantu sepanjang kempen; Naib-Naib Presiden dan semua yang telah menyokong saya untuk menjadi Ketua Menteri sehingga saat-saat akhir.

“Tetapi saya terpaksa menerima keputusan ini atas permintaan UMNO Sabah. Saya berharap rakan semua tidak menyalahkan Presiden atau mana-mana pihak di atas perkara yang berlaku. Saya mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku di Sabah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dipanggil menghadap TYT Sabah

Pelantikan Hajiji dibuat secara konsensus, kata Annuar Musa

Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah