X

Kindly register in order to view this article
!

Hajiji dipanggil menghadap TYT Sabah

Hajiji hari ini dipanggil menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor hari ini dipanggil menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Hajiji yang berpakaian blazer, bersongkok dan berkemeja putih tiba di Istana Negeri pada 3.55 petang menaiki kenderaan berwarna hitam.

"Saya dipanggil," katanya menjawab ringkas soalan media mengapa beliau ke istana itu di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Hajiji, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!