DBKL rangka pelan untuk atasi cabaran semasa

Nor Hisham membuat gimik pelancaran sewaktu Majlis Perasmian Laporan Kajian Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi: Pelan Induk Bandar Pintar Kuala Lumpur 2021-2025 & Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 di Lobi Menara Dewan Bandaraya Juala Lumpur (DBKL).
Nor Hisham membuat gimik pelancaran sewaktu Majlis Perasmian Laporan Kajian Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi: Pelan Induk Bandar Pintar Kuala Lumpur 2021-2025 & Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 di Lobi Menara Dewan Bandaraya Juala Lumpur (DBKL).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelan Induk Bandar Pintar dan Pelan Tindakan Iklim Untuk Kuala Lumpur dirangka bagi mengatasi cabaran semasa yang dihadapi penghuni bandar raya ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, Pelan Induk Bandar Pintar Kuala Lumpur merupakan dokumen yang mengandungi inisiatif DBKL bagi menaik taraf perkhidmatan teknologi membabitkan pembangunan ekonomi dan mobiliti sosial manakala Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur pula merupakan kesinambungan kepada usaha berterusan DBKL menerusi program diperkenalkan dalam Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030 dalam memerangi perubahan iklim dihadapi di ibu kota itu.

Beliau berkata, secara amnya, Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia sering berdepan pelbagai cabaran melibatkan beberapa aspek termasuk pembangunan, alam sekitar dan teknologi yang merupakan tanggungjawab bersama dan usaha bersepadu melibatkan pelbagai agensi untuk bersama DBKL.

"Oleh itu, kajian perancangan bagi menghasilkan Pelan Induk Bandar Pintar dan Pelan Tindakan Iklim Untuk Kuala Lumpur telah dibuat supaya cabaran ini dapat diatasi sekali gus Kuala Lumpur menjadi bandar yang popular untuk dikunjungi oleh pelabur dan pelancong antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Laporan Kajian Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi: Pelan Induk Bandar Pintar Kuala Lumpur 2021-2025 & Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 di Lobi Menara Dewan Bandaraya Juala Lumpur (DBKL).

Tambah Norhisham, laporan berkenaan juga akan dikongsi kepada semua pihak berkepentingan dan warga kota awal tahun depan.

Artikel Berkaitan: