61 pemimpin UMNO Negeri Sembilan jalani kuarantin 14 hari

Saringan Covid-19 yang dilakukan di KLIA. - Foto ihsan UMNO Seremban
Saringan Covid-19 yang dilakukan di KLIA. - Foto ihsan UMNO Seremban
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 61 pemimpin dan ahli UMNO Negeri Sembilan yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim berkata, kesemua mereka juga menjalani saringan Covid-19 sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA dan KLIA 2) malam tadi.

"Saya harap semuanya dapat mematuhi arahan Kementerian Kesihatan dengan melakukan kuarantin di rumah walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.

"Saya difahamkan kurang daripada 10 orang lagi masih berada di Sabah kerana tempahan tiket penerbangan yang dibuat agak lewat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Selain itu katanya, setakat ini hanya seorang delegasi UMNO Negeri Sembilan yang pulang daripada Sabah disahkan positif Covid-19 iaitu wakil Bahagian Rasah.

Jelas beliau, lelaki berkenaan yang tinggal di Kampung LB Johnson, Labu di sini, disahkan dijangkiti wabak berkenaan selepas lima hari pulang daripada Sabah.

"Beliau didapati positif Covid-19 pada Jumaat lalu dan kini sedang ditahan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saringan Covid-19 di KLIA, KLIA2 sesak

150 kes baharu, satu kematian



Artikel Berkaitan: