X

Kindly register in order to view this article
!

150 kes baharu, satu kematian

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - Kes baharu Covid-19 di negara ini kembali mencatat tiga angka iaitu 150 kes selain satu kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu meliputi sebanyak 146 penularan tempatan dan empat kes import.

Beliau berkata, pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini melonjak kepada 10,919 kes dengan 950 kes aktif.

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kes keseluruhan kematian meningkat kepada 134 kes.

"Kes kematian ke-134 iaitu kes ke-10,491 merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 81 tahun. Kes mula mengalami gejala demam dan batuk berkahak pada 14 September lalu dan telah dibawa ke Hospital Semporna pada 17 September lalu sebelum disahkan.

"Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini, jam 12.52 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, Sabah terus mencatatkan kes tertinggi dengan pertambahan jangkitan sebanyak 124 kes daripada 150 kes baharu yang direkodkan hari ini.

“Daripada 124 kes itu, sebanyak 58 kes adalah dari kluster Benteng LD iaitu 55 warga tempatan dan tiga warga asing.

"Sebanyak 20 lagi kes pula daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 12 kes warganegara dan lapan kes warga asing.

“Kluster Bakau turut merekodkan 13 kes baharu iaitu empat kes warganegara dan sembilan kes bukan warganegara, 10 kes daripada Kluster Pulau melibatkan sembilan kes rakyat tempatan dan satu kes bukan warganegara," katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lapan kes baharu dikesan di Sabah membabitkan saringan bergejala serta masing-masing satu kes bukan warga negara melibatkan kes Influenza-Like Illness (ILI), saringan komuniti, saringan kontak rapat dan saringan sebelum pulang ke Sarawak.

"Kementerian Kesihatan turut mengenal pasti dua kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Kampung Sakong dan kluster Buang Sayang dengan masing-masing mencatatkan lapan dan satu kes," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!