PKR gagal di Sabah

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketidakpuasan hati berhubung pengagihan kerusi dan juga calon antara kemungkinan membawa kepada protes senyap dalam kalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga membawa kepada kegagalan parti itu di Sabah.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Tony Paridi Bagang berkata, kegagalan ini juga adalah indikasi bahawa kepimpinan parti masih belum dapat menyelesaikan konflik yang berlaku.

"Kepimpinan PKR dilihat masih belum dapat menyelesaikan perbalahan dalaman yang berlaku dalam parti dan tidak dinafikan juga kemungkinan ketidakpuasan hati terhadap pengagihan kerusi dan juga calon, membawa kepada protes senyap dalam kalangan penyokong PKR penyebab kegagalan PKR di Sabah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pengerusi PKR Sabah menang di DUN Api-Api

Bincang lantik Ketua Menteri Sabah

Beliau mengulas mengenai kegagalan PKR menambah kerusi untuk dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, semalam.

Diminta mengulas berhubung persoalan siapa yang bakal menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau berharap supaya Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dapat mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan hal ini.

Artikel Berkaitan:

"BN dan PN harus mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan hal ini," katanya.