Bincang lantik Ketua Menteri Sabah

Perbincangan melibatkan Ismail Sabri, Hamzah dan beberapa pemimpin kanan parti politik itu dikatakan bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Perbincangan melibatkan Ismail Sabri, Hamzah dan beberapa pemimpin kanan parti politik itu dikatakan bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin hadir di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Mereka dikatakan akan mengadakan perbincangan mengenai calon Ketua Menteri Sabah.

Selain pemimpin berkenaan, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan PN hadir pada perbincangan tertutup itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Perikatan Nasional tumbangkan Warisan Plus

BN, GRS berjaya tubuh kerajaan baharu

Antara yang hadir Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hajiji Noor; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan Dan beberapa pemimpin kanan parti yang lain.

Artikel Berkaitan:

Bung turut hadir dalam pertemuan yang dikatakan membincangkan mengenai pemilihan Ketua Menteri Sabah.
Bung turut hadir dalam pertemuan yang dikatakan membincangkan mengenai pemilihan Ketua Menteri Sabah.

Turut kelihatan beberapa ADUN Bebas yang mesra PN antaranya Datuk Rubin Balang.

Perbincangan bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.