X

Kindly register in order to view this article
!

Tembak depan sekolah: 12 ahli Geng 21 diberkas

Kejadian tembakan di hadapan sebuah sekolah di Telok Datok, Banting semalam. - Foto viral Facebook.
A
A

BANTING - Seramai 12 ahli kongsi gelap Geng 21 diberkas susulan kejadian tembakan yang bermotifkan pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan sebuah sekolah di Telok Datok di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 36 tahun ditahan dalam operasi khas sejak semalam hingga pagi tadi di sekitar Banting, Sungai Emas, Sungai Jarom dan Telok Panglima Garang.

"Polis percaya mereka ini merupakan ahli kongsi gelap Geng 21.

"Kita masih mengesan saki-baki mereka yang dipercayai menjadi ahli kumpulan haram ini. Kesemua yang ditangkap kini direman empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki parah ditembak rempuh pelajar sekolah

Azizan berkata, dua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu masih dirawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Menurutnya, satu peluru didapati tersangkut pada tulang belakang kedua-dua mangsa terbabit.

"Pemeriksaan terhadap salah seorang mangsa mendapati satu das tembakan mengenai bahagian tangan kanan sehingga tembus ke rusuk kanan. Ia menyebabkan peluru tersangkut pada tulang belakang. Satu lagi tembakan juga didapati tembus pada lengan kiri mangsa.

Kejadian tembakan di hadapan sebuah sekolah di Telok Datok, Banting semalam. - Foto viral Facebook.
Kejadian tembakan di hadapan sebuah sekolah di Telok Datok, Banting semalam. - Foto viral Facebook.

"Mangsa kedua pula iaitu pengawal peribadi kepada mangsa pertama didapati terkena beberapa das tembakan selain sembilan kesan lubang pada badan, manakala satu peluru turut tersangkut pada tulang belakangnya," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan stabil dengan keadaan separuh sedar dan dipasang alat bantuan pernafasan di HTAR.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, sebanyak sembilan das tembakan ke arah mangsa yang menaiki kereta BMW. Kemudian, kereta yang dinaiki mangsa telah merempuh tiga pelajar hingga mengalami kecederaan parah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!