Dua lelaki parah ditembak rempuh pelajar sekolah

Kesan tembakan ke arah kereta mangsa di hadapan sebuah sekolah di Banting hari ini.
Kesan tembakan ke arah kereta mangsa di hadapan sebuah sekolah di Banting hari ini.
A
A
A

BANTING - Dua lelaki cedera parah dipercayai ditembak oleh dua individu yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, mangsa yang cedera terkena tembakan itu adalah seorang pengawal peribadi dan majikannya.

Katanya, dalam kejadian pada jam 12.45 tengah hari itu, ketika dua mangsa cuba melarikan diri melalui hadapan sekolah, kereta BMW yang dinaiki mereka merempuh beberapa orang pelajar sekolah dan beberapa buah kereta.

"Seramai tiga pelajar cedera akibat rempuhan itu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Fadzil berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa terkena beberapa das tembakan di dada dan beberapa bahagian badan.

Menurutnya, setakat ini, tiga pelajar yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan leher itu masih dirawat di hospital.

"Dua lelaki yang cedera terkena tembakan itu juga dikejarkan ke Hospital Banting dan masih dalam rawatan kecemasan.

"Kita sedang mengenal pasti suspek dan motif kejadian dipercayai membabitkan pergaduhan antara dua kumpulan," katanya.

Artikel Berkaitan: