Kedai warga asing diserbu

Pegawai BKKM memeriksa produk makanan yang dipercayai dibawa masuk dari Myanmar dalam Ops Sapu di Bukit Mertajam pagi tadi.
Pegawai BKKM memeriksa produk makanan yang dipercayai dibawa masuk dari Myanmar dalam Ops Sapu di Bukit Mertajam pagi tadi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 11 premis termasuk empat kedai makanan yang diusahakan pendatang asing di sebuah pusat membeli belah di sini diserbu dalam Ops Sapu pagi tadi.

Operasi bersepadu yang bermula jam 11 pagi itu dilakukan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri selepas mendapati premis perniagaan terlibat menjual pelbagai produk makanan yang diragui termasuk diimport dari negara luar tanpa mematuhi syarat yang ditetapkan.

Ketua Unit Cawangan Penguatkuasaan BKKM, Mohd Wazir Khalid berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah produk tidak mempunyai label dan maklumat pengimport, label tidak mengikut kehendak bahasa selain menjual makanan yang telah tamat tempoh.

Mohd Wazir menunjukkan produk makanan yang dijual tanpa mengikut syarat yang ditetapkan termasuk menggunakan bahasa asing dalam Ops Sapu di Bukit Mertajam pagi tadi.
Mohd Wazir menunjukkan produk makanan yang dijual tanpa mengikut syarat yang ditetapkan termasuk menggunakan bahasa asing dalam Ops Sapu di Bukit Mertajam pagi tadi.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan di semua premis mendapati hampir 85 peratus barangan yang dijual adalah produk keluaran negara luar.

"Kita meragui bagaimana produk asing ini boleh dibawa masuk ke negara ini sedangkan ia tiada alamat pengimport, tiada alamat pengedar dan bahasa yang digunakan pada label adalah bahasa asing.

"Malah kita turut menjumpai minuman keras yang sebelum ini dilaporkan menyebabkan kematian beberapa warga asing masih dijual secara terbuka," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Mohd Wazir berkata, operasi yang dijalankan bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Polis Diraja Malaysia itu turut mengeluarkan 21 notis kompaun bernilai RM57,000 dikeluarkan kepada pemilik kedai terlibat selain mengarahkan empat kedai makanan ditutup atas faktor kebersihan.

Artikel Berkaitan:

Minuman keras turut dirampas dalam serbuan yang dilakukan di Bukit Mertajam pagi tadi.
Minuman keras turut dirampas dalam serbuan yang dilakukan di Bukit Mertajam pagi tadi.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya menemui lipas selain mendapati susunan makanan yang tidak teratur.

"Seramai sembilan warga asing turut ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja serta dokumen pengenalan diri yang sah dan seorang wanita tempatan juga ditahan kerana disyaki melindungi dan menggajikan pendatang asing ini.

"Kesemua yang ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya.