PRN Sabah: Kempen hingga ke saat akhir di Facebook

Status dimuat naik calon DUN Karanaan di Facebook. Gambar kanan: Video dimuat naik calon DUN Klias di Facebook.
Status dimuat naik calon DUN Karanaan di Facebook. Gambar kanan: Video dimuat naik calon DUN Klias di Facebook.
A
A
A

KOTA KINABALU - Hanya tinggal beberapa jam sebelum tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berakhir pada tengah malam ini, beberapa calon yang bertanding dilihat mengambil kesempatan untuk berkempen melalui rakaman video di laman sosial Facebook.

Calon turut meminta rakyat terutama di kawasan bertanding masing-masing untuk turun menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi memilih wakil rakyat dan kerajaan yang bakal memimpin Sabah antaranya calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Melalui Facebook DUN Karanaan Dalam, Masidi meminta pengundi untuk turun mengundi bagi menentukan sebuah kerajaan yang diinginkan rakyat.

“Saya berjumpa dengan penduduk di setiap kampung hampir dua minggu dan berharap anda memahami segala visi dan misi serta matlamat yang saya ingin bawa untuk anda semua di DUN Karanaan.

“Saya berharap anda turun beramai-ramai, kalau ada sahabat-sahabat yang jauh tolong ingatkan mereka untuk mengundi kerana pilihan raya ini amat penting sekali untuk kita semua,” katanya dalam paparan video tersebut.

Calon PN DUN Klias pula, Datuk Isnin Aliasnih turut mengucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi di DUN Klias.

“Saya berada di petak nombor dua dan akan melaksanakan segala pembangunan dan kemajuan secara seimbang untuk rakyat Klias,” katanya.

Selain itu, beberapa calon lain termasuk calon Bebas bagi kawasan DUN Kuala Penyu, Mohd Fadzlee Lee Abdullah @ Chun Lee turut memuat naik video rakaman kempennya melalui Facebook HjKucai.Com.

Artikel Berkaitan:

Dalam rakaman video tersebut, beliau telah menyuarakan isi hati, visi dan misi bagi pembangunan serta kemajuan rakyat di DUN berkenaan.