X

Kindly register in order to view this article
!

Bunuh penganggur, bekas pemandu bas diarah bela diri

A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pemandu bas sekolah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penganggur dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memerintahkan tertuduh, Mohd Dahreen Yunus, 30, membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya prima facie bagi kes berkenaan.

Azhar berkata, setelah meneliti kes ini, beliau berpuas hati secara maksimum bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi kesalahan 304(a) Kanun Keseksaan (KK) dan bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) sepertimana tuduhan asal yang dikenakan.

Oleh yang demikian tertuduh diperintahkan untuk membela diri bagi satu pertuduhan pindaan di bawah 304 (a) KK.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh pada 2 Ogos 2018 di antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di Taman Bukit Anggerik, Cheras telah menyebabkan kematian ke atas S Yesuva Devan.

Tertuduh juga telah menyebabkan bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian ke atasnya dan dengan itu tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya NJoy Jothi, manakala tertuduh diwakili Peguam bela Azi Azlin Zulkifli.

Mahkamah menetapkan perbicaraan untuk bela diri bagi kes ini pada Isnin depan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!