Feichtenbeiner pengendali sementara Selangor

Michael Feichtenbeiner
Michael Feichtenbeiner
A
A
A

PENGARAH Teknikal Selangor dan Pengendali Selangor 2, Michael Feichtenbeiner akan menjadi ketua jurulatih sementara Gergasi Merah selepas B Sathianathan dipecat hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Feichtenbeiner akan mengendalikan Selangor sehingga ketua jurulatih baharu diumumkan FAS nanti.

Dalam pada itu, FAS memberitahu, keputusan untuk menamatkan khidmat Sathianathan dibuat selepas membuat penilaian dan mengambil kira kesemua prestasi semasa pasukan.

"FAS ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sathianathan atas khidmat beliau mengemudi pasukan.

"Beliau telah membawa pasukan berada di kedudukan ketiga Liga Super 2019 serta mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lalu," kata kenyataan itu.

Sathianathan yang pernah mengendalikan pasukan kebangsaan dilantik sebagai ketua jurulatih pada 2018 yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Persatuan Bola Sepak Selangor pecat Sathianathan

Artikel Berkaitan: