Frank Bernhardt ketua jurulatih Kelantan FC yang baharu

Frank Bernhardt (kanan) dilantik secara rasmi sebagai pengendali baharu Kelantan FC berkuat kuasa pada Ahad bagi menggantikan Choi Moon-sik.
Frank Bernhardt (kanan) dilantik secara rasmi sebagai pengendali baharu Kelantan FC berkuat kuasa pada Ahad bagi menggantikan Choi Moon-sik.
A
A
A

FRANK Bernhardt secara rasmi dilantik sebagai pengendali baharu Kelantan FC berkuat kuasa pada Ahad bagi menggantikan Choi Moon-sik.

Perkara itu diumumkan oleh Kelantan FC menerusi satu hantaran ringkas yang dimuat naik menerusi entri laman sosial Facebook rasmi pasukan sebentar tadi.

"Semoga pelantikan ini dapat memacu dan membantu TRW Kelantan FC ke arah lebih baik," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bekas pengendali skuad Bawah 23 (B-23) negara itu dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC.

Pelantikan Bernhardt itu bagi menggantikan pengarah teknikal sebelum ini, Nasir Yusuf.

Bernhardt bukanlah asing dalam arena bola sepak tempatan apabila pernah melatih UiTM FC yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini.

Jurulatih berasal dari Kiel, Jerman itu memiliki sijil kejurulatihan UEFA Pro daripada German Sport University di Cologne, selain pernah menjadi Pengarah Teknikal Estonia FA (2007-2012) dan Azerbaijan FA (2014-2017)