Individu pakai gelang kuarantin tidak dibenar keluar rumah

Individu yang memakai gelang kuarantin tidak dibenarkan keluar dari rumah sehingga tempoh tamat. Gambar hiasan
Individu yang memakai gelang kuarantin tidak dibenarkan keluar dari rumah sehingga tempoh tamat. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA- Individu yang memakai gelang kuarantin tidak dibenarkan sama sekali keluar dari rumah sehingga tempoh tamat.

Tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hanya ketua keluarga gelang kuarantin yang dibenarkan keluar untuk urusan penting.

"Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh pejabat kesihatan daerah (PKD) yang terlibat apabila tempohnya tamat," katanya.

Menurutnya, selain gelang berwarna merah jambu, ia juga berwarna putih, biru, merah atau kuning.

"Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh PKD," katanya.

Beliau berkata, sekiranya masih terdapat individu bergelang kuarantin berada di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dibuat.

"Ia bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan Covid-19.

"KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sangat berterima kasih di atas keprihatinan masyarakat yang mengambil peranan sebagai barisan hadapan di kawasan masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sekeliling.

"Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai oleh KKM," katanya.

Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Secara Pentadbiran. - Bernama