Cuba rasuah polis RM50, buruh ladang didenda RM10,000

Warga Bangladesh berkenaan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah kepada seorang anggota polis, dua minggu lalu.
Warga Bangladesh berkenaan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah kepada seorang anggota polis, dua minggu lalu.
A
A
A

IPOH - Seorang buruh ladang kelapa sawit warga Bangladesh dihukum penjara tiga bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM50 kepada seorang anggota polis dua minggu lalu.

Hakim, S Indra Nehru juga memerintahkan tertuduh Ariful, 41, dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Lelaki yang fasih berbahasa Melayu itu didakwa secara rasuah memberi suapan iaitu wang tunai RM50 kepada Koperal Mohammad Azuan Ali di hadapan sebuah bank cawangan Slim River di Jalan Stesen Kampung Manggis dalam daerah Muallim jam lebih kurang 9.45 malam pada 6 September lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada anggota polis di Balai Polis Slim River itu tidak menahan atau mengambil tindakan undang-undang ke atasnya yang memiliki 13 karton rokok seludup iaitu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d)Akta Kastam 1967.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Subsesyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Wahida Jalaluddin memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman berat kerana telah merasuah atas satu kesalahan yang serius selain dapat dijadikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan kerana perlu menyara enam beradik lain di Bangladesh.

Artikel Berkaitan: