Lambang Warisan di bulatan PPNS curi tumpuan

Logo Parti Warisan Sabah dihadapan pusat pentadbiran negeri Sabah ketika tinjauan pilihan raya negeri Sabah di Likas hari ini. - Bernama
Logo Parti Warisan Sabah dihadapan pusat pentadbiran negeri Sabah ketika tinjauan pilihan raya negeri Sabah di Likas hari ini. - Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebuah mercu tanda lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diletakkan di bulatan berhadapan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sabah (PPNS) sejak semalam, mula mencuri tumpuan orang ramai.

Difahamkan, lambang itu diletakkan di tengah bulatan hadapan PPNS yang juga berhampiran bangunan Menara Tun Mustapha dan Wisma Innoprise sebagai bangunan pentadbiran kerajaan.

Tinjauan Sinar Harian hari ini mendapati, ada beberapa pengunjung dilihat singgah di bulatan PPNS untuk merakamkan gambar kenangan bersama lambang Warisan itu.

Seorang pengunjung, Mohd Nurudin Sukardi, 19, mengakui begitu teruja sebaik melihat lambang itu ketika lalu di kawasan hadapan PPNS.

Mohd Nurudin Sukardi
Mohd Nurudin Sukardi

"Saya baru tahu ada lambang ini di tengah bulatan ketika lalu tadi dan mengambil keputusan singgah sebentar untuk merakamkan gambar kenangan.

"Ini kali pertama saya lihat lambang Warisan besar diletakkan di sini dan hanya ada di sini," katanya yang juga seorang penuntut di Kolej Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Sejak semalam tular gambar lambang Warisan di hadapan bangunan PPNS dan orang ramai dilihat turut mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, terdapat juga warga maya mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang meletakkan lambang itu berhampiran dengan bangunan pentadbiran kerajaan.

Seorang pengunjung mahu dikenali sebagai Ikhwan, 25, menganggap kawasan itu tidak sesuai diletakkan lambang parti kerana terdapat dua lagi bangunan berhampiran sebagai bangunan pentadbiran kerajaan.

"Saya terkejut juga kerana ini adalah lambang parti dan sepatutnya tidak wajar ada lambang parti berhampiran bangunan pentadbiran kerajaan," katanya.