X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan Kedah perlu sebar maklumat bantuan Covid-19

Yusrizal
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menggesa Kerajaan Kedah supaya menyebarkan maklumat bantuan Covid-19 kepada penduduk Kota Setar di sini secara lebih meluas.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada penduduk di kawasan terbabit yang tidak mengetahui kewujudan bantuan berkenaan.

"Ada segelintir penduduk yang tahu tetapi talian bantuan yang diberikan sukar untuk dihubungi dan pautan permohonan yang diberikan juga tidak dapat diakses masuk.

"Jadi saya berharap kerajaan negeri dapat memperluaskan hebahan serta memperbaiki mutu komunikasi sama ada melalui talian telefon atau pautan yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang akhbar memaklumkan bahawa hanya 20 buah keluarga memohon bantuan makanan sejak pelaksanaan PKPD Pentadbiran di daerah ini pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengesan semua keluarga yang terjejas berikutan jumlah penduduk di daerah itu adalah seramai 366,787 selain kawasannya yang luas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!