Kedai makan, serbaneka boleh beroperasi hingga 2 pagi, kata DBKL

DBKL membenarkan premis perniagaan kedai makan dan kedai serbaneka beroperasi sehingga jam 2 pagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
DBKL membenarkan premis perniagaan kedai makan dan kedai serbaneka beroperasi sehingga jam 2 pagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan premis perniagaan kedai makan dan kedai serbaneka beroperasi sehingga jam 2 pagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan ketetapan baharu itu diputuskan hari ini.

Sehubungan itu, DBKL memaklumkan notis makluman dikeluarkan Sabtu lalu berkaitan waktu operasi untuk kedua-dua perniagaan tersebut kekal sehingga 12 tengah malam adalah terbatal.

"DBKL memohon kerjasama semua pengendali premis perniagaan mematuhi waktu operasi perniagaan yang telah dibenarkan.

"Orang ramai pula dinasihati sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengamalkan kawalan kendiri, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan serta penjarakan fizikal ketika berada di tempat berkaitan," kata kenyataan itu.

Sabtu lalu, DBKL memaklumkan waktu operasi premis perniagaan di Kuala Lumpur masih kekal sehingga jam 12 tengah malam sepanjang tempoh PKPP walaupun MKN membenarkan premis kedai makan dan kedai serbaneka beroperasi hingga jam 2 pagi.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kebenaran itu selari dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media Khamis lalu.

Annuar berkata, perkara tersebut telah dipersetujui bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan bagi memberi peluang kepada peniaga meningkatkan pendapatan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai makan, serbaneka di KL dibenarkan buka sehingga 2 pagi