Pengurus pemasaran maut kereta terbabas

Anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku pada Toyota Avanza selepas kenderaan terbabit merempuh Proton X70 di laluan bertentangan dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kulim, pagi tadi.
Anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku pada Toyota Avanza selepas kenderaan terbabit merempuh Proton X70 di laluan bertentangan dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kulim, pagi tadi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang pengurus pemasaran maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu bertembung dengan kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Kulim berhampiran dengan Taman Bandaraya di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi itu, Sim Wei Jaan, 38, yang memandu kereta jenis Toyota Avanza dari arah Bukit Mertajam menghala ke Machang Bubok dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa dikatakan terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta Proton X70 dan akibat rempuhan itu bahagian depan Toyota Avanza terbakar.

Menurutnya, kedua-dua pemandu kereta dibawa ke Hospital Bukit Mertajam bagi menerima rawatan.

"Ketika menerima rawatan di hospital, pemandu Toyota Avanza disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Pemandu Proton X70 berusia 49 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya sakit di bahagian pinggang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: