X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Johor beri rebat cukai tanah sehingga 15 peratus

Hasni pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor hari ini mengumumkan pemberian rebat antara lima hingga 15 peratus bagi cukai tanah bermula tahun ini hingga 2022.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, pemberian rebat itu mengambil kira pandangan semua pihak ketika berdepan keadaan ekonomi pasca-Covid-19 ketika ini.

Menurutnya, sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, cukai itu dikurangkan selepas dirasakan terlalu tinggi dalam keadaan ekonomi semasa.

''Saya sedar dan faham, pemberian rebat ini akan menjejaskan hasil kerajaan negeri pada tahap yang amat luar biasa. Seperti yang semua tahu, hasil daripada cukai tanah menyumbang hampir 70 peratus kepada pendapatan negeri.

"Tapi saya percaya semuanya ini adalah tindakan luar kebiasaan bagi memastikan keluhan semua pihak didengari," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Rundingan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2020 pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14 di sini hari ini.

Dalam pada itu Hasni yakin ekonomi Johor akan pulih kembali dan diharapkan lebih stabil pada tahun 2022 kelak.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!