X

Kindly register in order to view this article
!

Proses dokumentasi Perak hampir selesai

Adly Shah
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) hampir selesai melengkapkan dokumen berhubung proses pelesenan dan penswastaan daripada persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC).

Timbalan Persiden Pafa, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata, kesemua dokumen dalam proses penilaian terakhir sebelum dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.

"Kita dah mulakan proses penswastaan iaitu pemisahan FA kepada FC. Memang ia berjalan positif, cuma kita tunggu jawapan daripada FAM setelah kesemua dokumen yang lengkap akan dihantar dalam masa terdekat.

"Semua proses ke arah penswastaan dan juga pelesenan ini berjalan lancar. Insyaa-ALLAH mulai musim 2021, Perak FA akan dikenali sebagai Perak FC," katanya kepada Sinar Harian semalam.

FAM sebelum ini menetapkan 15 September sebagai tarikh akhir bagi urusan dokumentasi kewangan manakala 30 September bagi dokumentasi penswastaan atau pertukaran status FA ke FC.

Sebarang keputusan berhubung semua dokumentasi berkenaan akan dibuat oleh First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM.

Dalam itu, Adly Shah percaya, skuad The Bos Gaurus yang masih belum mencatatkan kemenangan sejak saingan CIMB Liga Super bersambung 23 Ogos lalu akan kembali bangkit untuk melakar kemenangan ketika melayan kunjungan UiTM FC di Stadium Perak malam ini.

"Saya yakin pasukan Perak akan bangkit malam esok (malam ini) setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

"Insya-ALLAH, kita akan dapat turunkan kesebelasan terbaik dengan kembalinya pemain-pemain tonggak bersama pasukan," jelasnya yang juga pengurus Perak.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!