Bapa kanak-kanak pandu treler dibebaskan: Polis

Video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan.
Video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki yang tular di aplikasi WhatsApp kerana membenarkan anaknya berusia 11 tahun memandu treler dibebaskan selepas tempoh reman terhadapnya tamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, lelaki berusia 39 tahun itu yang ditahan pada Isnin lalu di Rantau dibebaskan dengan jaminan polis.

"Individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Media semalam melaporkan lelaki tersebut direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan rakaman video di aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki bawah umur sedang memandu sebuah treler jenis Hino.

Mohd Said berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama

Artikel Berkaitan: