Empat pengarah jabatan PDRM baharu terima tugas hari ini

PDRM hari ini menerima empat pengarah jabatan yang baharu berkuat kuasa hari ini.
PDRM hari ini menerima empat pengarah jabatan yang baharu berkuat kuasa hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima empat pengarah jabatan yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mereka ialah Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid, Datuk Ramli Din, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar dan Datuk Seri Mazlan Lazim.

Razarudin dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ramli dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan, Abdul Rahim Jaafar sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Mazlan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi.

Majlis serah terima tugas keempat-empat jawatan pengarah PDRM itu disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Cheras, di sini.

Sementara itu, Abdul Hamid dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada keempat-empat pengarah jabatan PDRM berkenaan.

“Peralihan pucuk pimpinan keempat-empat jabatan itu turut merubah tampuk pimpinan Persatuan Keluarga Polis (Perkep),” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: