Bapa pengsan, kanak-kanak usia 11 tahun pandu kereta

Kenderaan dipandu seorang kanak-kanak berusia 11 tahun merempuh penghadang besi di tepi jalan sebelum berhenti berhampiran Rock Hill Street. Foto: Agensi
Kenderaan dipandu seorang kanak-kanak berusia 11 tahun merempuh penghadang besi di tepi jalan sebelum berhenti berhampiran Rock Hill Street. Foto: Agensi
A
A
A

HONG KONG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menggantikan bapanya memandu hampir 100 meter selepas lelaki itu pengsan ketika memandu di Kennedy Town pada Isnin.

Ketika insiden pada kira-kira jam 6.20 petang itu, lelaki berusia 47 tahun berkenaan sedang memandu di sepanjang Shing Sai Road menghala ke Sands Street sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Memetik laporan AsiaOne, kanak-kanak tersebut yang duduk di tempat penumpang hadapan segera mencapai stereng untuk cuba mengawal kenderaan.

Kereta tersebut terus bergerak kira-kira 100 meter sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu seorang lelaki berusia 66 tahun.

Kenderaan terbabit kemudiannya merempuh penghadang besi di tepi jalan sebelum berhenti berhampiran Rock Hill Street.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu dan pemandu MPV berusia 66 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bapa kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Queen Mary untuk rawatan lanjut, manakala polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta selepas bapanya pengsan
  • Kejadian berlaku di Kennedy Town, Hong Kong
  • Kanak-kanak tersebut mengawal kereta selama 100 meter
  • Kereta melanggar MPV dan penghadang besi sebelum berhenti
  • Tiada kecederaan dialami oleh kanak-kanak itu dan pemandu MPV

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!