X

Kindly register in order to view this article
!

Malulah dua timbalan menteri saling menuding kes Veveonah

A
A

MERAK Jalanan termangu seketika bila membaca kisah gadis Sabah, Veveonah Mosibin semalam.

Merak Jalanan ingatkan dah tutup buku kes Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin terlepas cakap kononnya pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu menipu menjawab soalan peperiksaan di atas pokok selepas kedua-duanya saling bermaafan tapi rupa-rupanya masih berlanjutan.

Tapi kali ini lebih membingungkan kerana makin banyak orang terlibat. Babaknya pula saling mencari salah siapa.

Zahidi salahkan Timbalan Menteri Kewangan I yang merupakan Ahli Parlimen Kudat, Sabah, Datuk Abdul Rahim Bakri sebab menjadi tukang sampai maklumat yang salah itu.

Abdul Rahim pula tuding jari kepada pegawainya yang memberi maklumat selepas berjumpa dengan ketua kampung di kawasan terbabit.

Merak Jalanan tak pasti nak gelak atau menangis dengan apa yang berlaku. Nak ketawa sebab dua timbalan menteri yang sepatutnya berbincang isu dan masalah negara sebaliknya bergaduh dengan seorang budak perempuan berusia 18 tahun!

Dan sedihnya, Merak Jalanan lihat Veveonah seolah-olah sedang dibuli di alam siber apabila kes tersebut kini menjadi buah mulut warganet. Ia menjadi seperti cerita Bangau Oh Bangau.

Bagi Merak Jalanan, isu tersebut bukanlah isu besar sehingga dua timbalan menteri perlu terlibat, apatah lagi bertelagah sesama sendiri.

Sepatutnya timbalan menteri dan pegawainya bersikap profesional. Ajaklah Veveonah, pensyarah UMS dan ketua kampung berkenaan pakat-pakat jumpa serta bincang baik-baik.

Malah, jauh lebih penting masalah yang patut diutamakan kini bukanlah sama ada Veveonah benar-benar menduduki peperiksaan atau tidak semasa memanjat pokok tersebut, sebaliknya bagaimana mahu meningkatkan akses internet di kawasan pedalaman di Sabah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!